Syukur… Alhamdulillah

Andai aku bukan pelita yang mampu menerangi malammu… cukuplah sekadar aku menjadi si kunang-kunang yang menemanimu didalam kegelapan…

 Ok.. yg ini pulak resepi sesuai utk hari raya.. Selalunya org mmg lebih suka dengan daging batang pinang sebab ia lembut, senang dimasak dan rasanya yg sedap..
  

 

 


Bahan A (dikisar)
  • 2 biji bawang merah
  • 3 batang serai
  • 5 biji bawang putih
  • 5 sentimeter halia
  • 100 gram lengkuas
  • 50 gram jintan manis
  • 50 gram jintan putih
  • 50 gram lada hitam
  • 200 gram isi kelapa

Bahan B
  • 100 gram serbuk cili

Bahan lain
  • 1/2 kilogram daging batang pinang
  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 kilogram santan kelapa
  • 500 gram kerisik
  • 5 helai daun kunyit

 

 
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak untuk menumis bahan A. Tumis sehingga betul2 pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan bahan B.

3. Selepas itu, masukkan daging, kerisik, daun kunyit dan santan, kacau perlahan-lahan menggunakan api sederhana.

4. Kacau hingga masak.

Tiba2 jer pagi ni rasa teringin nak makan asam rebus batang keladi.. maklumlah.. perut org puasa ni mmg lain mcm sikit.. hehe.. Rindunyer dgan asam rebus batang keladi ibunda..



ASAM REBUS KELADI

Bahan

Batang keladi
Asam keping
Ikan bilis
Daun kesum
Air secukupnya
Garam

Bahan mesin
5 biji cili kering
1 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang merah
secubit belacan [jika suka]

cara memasak
1. Keladi dibuangkan kulitnya dan basuh. Jika ada ubi dibuangkan kulitnya dan potong kecil.
2. Rebuskan keladi dan ubi bersama dengan garam dan asam keping sehingga mendidih.
3. Buangkan air rebusan dan bilas dgn air paip. Toskan sehingga kering.
4. Masukkan bahan mesin, keladi, asam keping yg baru, ikan bilis, air secukupnya dan garam.
5. Masakkan sehingga mendidih dan masukkan daun kesum.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Bolah dihidangkan dengan nasi biasa atau nasi ulam.

Pelangi

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti

Dengan cara sendiri

Hari sabtu lepas kitorg berbuka puasa kat Hotel Selesa Pasir Gudang.. Sajer my hubby nak belanja parents dia.. Saya pun mmglah setuju sesangat.. takyah nak masak.. hehe.. lgpun sabtu tu keje.. balik pun dah ptg. mmg tak sempatlah nak masak2.. Tulah untungnyer jadi wife zaman skarang kan.. Padahal ahad minggu lepas kitorg ke Hotel Selesa tu juga.. Menu kampung kira oklah.. kena dgan tekak saya.. tapi tgah diet nier... rugi woo makan bufet.. Situ, satu kepala RM46.00. Budak2 bwah 6 tahun tak payah bayar.. Ooo.. jadi tahun depan ajim dah kena bayarlah.. tak sure harga dewasa atau ada harga kanak2.. Tapi budak2 tu bukanyer makan sangat.. dah mmg tak puasa.. lebih byak main dari makan.. Sbenarnyer mmg membazir makan bufet.. tapi kali ni mmg special jugalah.. Sbb kitorg baru mnyambut anniversary yg ke-6 pd 22/08/09 yg lepas.. sama tarikh dgan parents hubby sbenarnyer... diorg yg ke-36.. Happy anniversary ibu & ayah!!
Ni ler muka2 yg tak pose.. segar je kan wlwpun dah pkul 6.. hehe..

SETIAP KALI RAMADAN BERTANDANG

(Telah pulang Syaaban ke sarang
andai nafas hidup masih bertiup
bisakah lagi melihatnya terbang
sesudah dua belas pusingan bulan itu berulang.)

Di ambang pintu barakah
Ramadan mengetuk bertalu-talu
beribu rahmat Tuhan sedang menunggu
bergerak mengiringi Ramadan al-Mubarak
berarak masuk ke teratak syarak
dengan rembesan kasih jernih
beribu magfirah Tuhan ditagih
berdaki dosa mahu di bersih.

Pada setiap kali Ramadan bertandang
pada dinding kenangan
aku teringat kampung halaman
begitu ramah tetangga sebelah-menyebelah
bertukar aneka juadah dan sedekah
menyemai erat ikatan ukhuwah.

Menjelang sungkai di tabir senja
berderai azan Maghrib sayup berkumandang
berkumpul keluarga menjamu selera
mesra riuh bukan kepalang
memecah hening lembayung petang
ibu dan kakak sibuk menghidang
ayah meneguk air secawan
kadang selasih selalunya sirap pisang
kemudian menyala rokok sebatang
buat mengisi perut tak kenyang
ibu memerhati marah di hati
seiring leteran tali-temali
ayah berpura tidak peduli
aku memerhati tidak mengerti.

Menjelang malam di masjid dan musala
saf jemaah penuh luar biasa
mengimarahkan Tarawih dan tadarus bergenta
pulangnya nanti di tepian jalan
singgah di gerai dan warung berjualan
harumnya bau ikan selar dibakar
dan udang sotong cecah cili merah
perut petang tadinya kenyang
kosong semula membuka ruang
untuk diisi dengan makanan
udang sotong itulah bekalan bertahan
untuk puasa esoknya sepanjang siang.

Seperti selalu Ramadan bertandang dan berlalu
berlalu jua kenangan Ramadanku
pada kampung halaman yang kutinggalkan
kini aku kembara di hutan batu
Ramadanku sepi bagaikan bisu
tiada lagi seindah dulu
tiada lagi leteran ibu
tiada lagi kepuraan ayahku
tiada tetangga bertolong-bantu
tetangga bagaikan sembunyi
tak kenal rupa tak kenal pekerti
jauh sekali bertukar juadah dan rezeki
aku tambah tidak mengerti.

(Akan berangkat pulanglah Ramadan ke sarang
andai nafas hidup masih bertiup
bisakah lagi melihatnya terbang
sesudah dua belas pusingan bulan itu berulang.)

About this blog

Blog ni mmg serba kekurangan.. Maklumlah kalau cik misi yg cuba buat bolg.. Harap2 adalah yg sudi beri pandangan utk memeriahkan lg blog ni..

Followers